BANTUAN KHIDMAT NASIHAT URUS PUSAKA KEPADA WARIS
RAMAI WARIS PERLU BERTINDAK UNTUK MEMULAKAN PROSES URUS PUSAKA AHLI KELUARGA MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA, DENGAN BANTUAN PAKAR
TAHUKAH ANDA?
Selepas kematian, harta-harta milik simati akan terbeku
- Geran tanah/geran rumah kekal atas nama simati sehinggalah ada surat perintah pembahagian untuk turun milik ke pemilik baru yang masih hidup
- Akaun bank, akaun pelaburan, saham dan kenderaan tidak boleh dicairkan atau dipindah milik sehinggalah ada surat kuasa mentadbir
- Untuk mendapatkan Surat Perintah Pembahagian dan Surat Kuasa Mentadbir, memerlukan seorang waris membuat permohonan urus pusaka dan dipersetujui oleh waris-waris lain ( yang mempunyai hak mengikut hukum faraid)
- Namun banyak kes pusaka tidak selesai, dan dianggarkan ada lebih RM 80 billion harta simati masih terbeku. antara sebabnya adalah:
- Waris tidak buat dengan cara yang betul
- Permohonan pusaka lambat dimulakan menyebabkan bilangan waris bertambah akibat kematian waris asal dan isu pusaka menjadi lebih rumit
- Tiada pemufakatan pembahagian antara waris-waris
- Waris tiada kemampuan kewangan, masa dan ilmu untuk buat permohonan urus pusaka
- Waris cuba untuk urus sendiri dan tidak menggunakan khidmat pakar dalam proses urus pusaka
BANYAK KES PUSAKA TIDAK MULA, TIDAK SELESAI ATAU BERMASALAH DI SEBABKAN WARIS CUBA URUSKAN SENDIRI
Cuba fikir-fikirkan
- Kenapa bila ahli keluarga kita meninggal dunia, kita panggil tukang mandi jenazah untuk mandi dan kafankan? Sebab kita tidak mahir. Ada bayaran yang dikenakan oleh tukang mandi jenazah.
- Kenapa bila ahli keluarga kita meninggal dunia, kita upah tukang gali kubur untuk sediakan liang lahat? Sebab kita tidak mahir. Ada bayaran yang dikenakan oleh tukang gali kubur.
- Kenapa bila kita ingin buat majlis tahlil, kita upah katerer untuk sediakan juadah? Sebab kita tidak mahir. Ada bayaran yang dikenakan oleh katerer.
- Kenapa bila kereta kita rosak, kita hantar ke workshop kereta untuk dibaiki? Sebab kita tidak mahir. Ada bayaran yang dikenakan oleh workshop kereta.
- Kenapa bila kita ingin tempah baju, kita pergi ke tukang jahit? Sebab kita tidak mahir. Ada bayaran yang dikenakan oleh tukang jahit
JADI KENAPA JIKA KITA KURANG MAHIR DAN ADA BANYAK CONTOH MASALAH PUSAKA SEBAB WARIS URUS SENDIRI, KITA MASIH CUBA UNTUK URUS SENDIRI?
Juga fikir-fikirkan, setiap harta sepatutnya dapat menghasilkan pendapatan atau manfaat bernilai paling minima 5% dari nilai harta setiap tahun. Kalau kita biarkan harta pusaka bernilai RM 100,000 terbeku selama 10 tahun, bermakna kita kerugian RM 5,000 setahun atau RM 50,000 sepanjang 10 tahun. KALAU PUSAKA BERNILAI RM 1 JUTA?
Hartanah ( Rumah/Tanah) yang masih atas nama orang mati tidak boleh di jual, tidak boleh dicagarkan di bank untuk pinjaman dan tidak boleh dipajak untuk aktiviti komersil. JADI SANGAT RUGI JIKA HARTANAH MILIK ORANG MATI TIDAK DIURUSKAN SEHINGGA DAPAT DITURUN MILIK KEPADA ORANG YANG MASIH HIDUP
MYPUSAKA SEDIA MEMBANTU
SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI ISU PUSAKA AHLI KELUARGA YANG BELUM SELESAI, ADA 3 PILIHAN TINDAKAN YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SEGERA
PILIHAN PERTAMA:
PAKEJ PENDAFTARAN URUS PUSAKA RM 500
APA YANG AKAN ANDA DAPAT
- Khidmat nasihat permulaan dalam talian kepada pemohon
- Bantuan mengumpulkan maklumat asas untuk permohonan pusaka
- Khidmat mendaftar pemohonan pusaka ke pejabat pusaka kecil (JKKPTG)
- Mencetak dokumen:
- Rujukan permohonan pusaka
- Cetakan Borang A dengan butiran lengkap ( untuk proses permohonan pusaka )
- Panduan penghantaran Borang A dan senarai semak dokumen lampiran ke pejabat pusaka kecil (JKKPTG)
- PROSES SELANJUTNYA BOLEH DILAKUKAN OLEH PEMOHON SENDIRI
- Keahlian MyPusaka Online PERCUMA
- Kalkulator pengiraan faraid simati
- Daftar senarai waris
- Daftar senarai harta
- Daftar senarai hutang
PILIHAN KEDUA:
PAKEJ PENDAFTARAN + BANTUAN PAKAR URUS PUSAKA RM 2,500
Untuk kes ringkas sahaja. 1 geran hartanah (harta tak alih), 3 harta alih dan maksima 5 waris selapis
Untuk kes yang lebih rumit sebut harga terperinci akan disediakan berdasarkan maklumat yang diberi dan skop kerja yang diperlukan. Mula dengan melanggan Pakej Pendaftaran Urus Pusaka RM 500 seperti dalam Pilihan Satu, sebelum analisa kes dibuat dan sebutharga disediakan.
APA YANG AKAN ANDA DAPAT
- Khidmat nasihat permulaan dalam talian kepada pemohon
- 1 Sesi penerangan dan Muafakat waris dalam talian 90 min
- Bantuan mengumpulkan maklumat asas untuk permohonan pusaka
- Khidmat mendaftar pemohonan pusaka ke pejabat pusaka kecil (JKKPTG)
- Mencetak dokumen:
- Rujukan permohonan pusaka
- Cetakan Borang A dengan butiran lengkap ( untuk proses permohanan pusaka )
- Mengumpul dokumen lampiran berkaitan
- Penghantaran Borang A berserta dokumen lampiran berkaitan
- Cas tambahan akan di kenakan untuk khidmat berikut
- Sesi penerangan dan muafakat tambahan
- Carian Rasmi untuk geran tanah
- Sesi temujanji di lokasi
- Penyediaan dokumen persetujuan dan dokumen yang berkaitan
- Khidmat bimbingan semasa perbicaraan pusaka
- Jika kes ini perlu di bawa ke Mahkamah Tinggi atau ke Amanah Raya
- Keahlian MyPusaka Online PERCUMA
- Kalkulator pengiraan faraid simati
- Daftar senarai waris
- Daftar senarai harta
- Daftar senarai hutang
PILIHAN KETIGA:
KHIDMAT NASIHAT PERMULAAN PERCUMA
APA YANG AKAN ANDA DAPAT
- Khidmat nasihat permulaan dalam talian kepada pemohon selama 30 min
- Cadangan langkah selanjutnya dan anggaran kos perkhidmatan
- Keahlian MyPusaka Online PERCUMA
- Kalkulator pengiraan faraid simati
- Daftar senarai waris
- Daftar senarai harta
- Daftar senarai hutang
URUSAN PUSAKA YANG DILEWATKAN AKAN MENJADI LEBIH RUMIT DAN MENJADI LEBIH MAHAL UNTUK DIURUSKAN
BERTINDAK SEGERA
PILIH SALAH SATU DARI 3 PILIHAN TINDAKAN
UNTUK TONTON VIDEO KISAH KISAH BENAR PUSAKA, SILA KLIK PAUTAN INI