PENERANGAN TENTANG PAKEJ DANAPLUS

PENERANGAN TENTANG PAKEJ DANAPLUS

Semua individu yang sihat, ada keluarga, ada harta dan ada hasrat mewariskan harta, WAJIB ada perancangan pewarisan


MyPusaka mudahkan cara melalui MyPusaka Online, komuniti digital ilmu dan solusi pewarisan. Keahlian adalah PERCUMA

Terdapat 7 manfaat utama sebagai ahli MyPusaka Online.  KLIK DI SINI



DanaPlus adalah solusi pewarisan yang lengkap, merangkumi kesemua 5 komponen Vaksin Pusaka

  1.  Sebagai ahli MyPusaka online anda akan sentiasa dibimbing untuk mengumpul harta yang cukup dan cukup syarat
  2.  Anda boleh melantik wasi dengan mudah dan sah
  3.  Ada dana pantas setelah anda meninggal dunia untuk kegunaan proses urus pusaka
  4.  Ada disediakan khidmat pakar kepada waris untuk membantu proses urus pusaka dan memanjangkan manfaat harta anda
  5.  Bantuan menyedia dokumen pewarisan yang lengkap dengan mudah dan sah
    • Pelantikan wasi
    • Pelantikan penjaga harta untuk anak bawah umur atau OKU
    • Wasiat pesanan wariskan harta kepada waris
    • Wasiat kepada bukan waris
    • Wasiat sedekah
    • Nota pesanan kepada waris


4 langkah mudah untuk melanggan DanaPlus 

  1.  Daftar sebagai ahli MyPusaka online secara percuma. Gunakan pautan yang anda terima dari ahli yang menjemput anda.
  2.  Selepas log in ke laman ahli anda, Langgan pakej DanaPlus yang sesuai untuk keperluan anda. Terdapat 4 pakej untuk di pilih
  3.  Anda boleh terus mula Deraf dokumen pewarisan anda secara DIY, dengan bantuan nota panduan yang di beri. Jika perlukan bantuan, Hubungi Aida
  4.  Setelah selesai anda boleh cetak dan tandatangan. Anda sudah ada dokumen pewarisan yang lengkap dan sah


JIKA PERLUKAN BANTUAN, SILA KLIK PAUTAN INI 


CARA UNTUK MELANGGAN



JIKA PERLUKAN BANTUAN, SILA KLIK PAUTAN INI 







Kelebihan DanaPlus 

  1.  Sangat mampu milik
  2.  Mudah guna, lengkap dengan nota dan sumber khidmat nasihat
  3.  Boleh ubah, cetak dan tandatangan tanpa kos tambahan


Khidmat tambahan jika perlu

  1.  Khidmat pakar untuk bantu deraf dokumen   RM 600
  2.  Dokumen Hibah. Yuran penyediaan bergantung kapada skop harta dan hasrat
  3.  Dokumen Ikatan Amanah. Yuran penyediaan bergantung kapada skop harta dan hasrat


JIKA PERLUKAN BANTUAN, SILA KLIK PAUTAN INI 


4 PAKEJ UNTUK DIPILIH


Syarat Penyertaan Skim DanaPlus

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur dari 15 sehingga 64 tahun ( sebelum harijadi yang ke 64 )
  2. Tuntutan maksimum sehingga RM49,500 (tertakluk kepada skim yang dilanggan).
  3. Pampasan di bayar jika kematian sebelum harijadi ke 69 tahun


Jika anda tidak layak untuk melanggan DanaPlus atau tidak berminat untuk membayar tahunan, boleh langgan solusi Ikatan330


Untuk melanggan Ikatan330, di laman ahli MyPusaka Online, klik menu "Pembayaran" dan pilih Solusi "Ikatan330"   dan buat bayaran


Syarat Penyertaan Skim DanaPlus

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur dari 15 sehingga 64 tahun ( sebelum harijadi yang ke 64 )
  2. Tuntutan maksimum sehingga RM49,500 (tertakluk kepada skim yang dilanggan).
  3. Pampasan di bayar jika kematian sebelum harijadi ke 69 tahun

 

Mengapa Anda Perlu Melanggan Skim DanaPlus

  1. Skim DanaPlus adalah satu skim pewarisan lengkap yang menggabungkan dokumen pewarisan, urus pusaka dan tunai untuk waris.
  2. Skim DanaPlus amat mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
  3. Mengelakkan kes urus pusaka tertangguh dan pertelingkahan antara waris.

 

Cara Membuat Tuntutan

  1. Waris laporkan kematian ahli yang melanggan skim DanaPlus dengan melayari Mypusaka.online dan isikan butiran yang disediakan.
  2. Waris dikehendaki menyertakan salinan sjil kematian/permit pengebumian dan laporan perubatan yang berkaitan dan memuatnaik salinan tersebut di laman Pewarisan.
  3. Pegawai kami akan menghubungi pihak waris untuk tindakan lanjut berkenaan urus pusaka dan tuntutan tunai yang disediakan di dalam pakej skim DanaPlus.
  4. Bayaran tunai akan diserahkan kepada waris dalam tempoh 30 hari waktu bekerja, tertakluk kepada terma dan syarat.



JIKA PERLUKAN BANTUAN, SILA KLIK PAUTAN INI 


Pengecualian

Kami tidak melindungi kematian yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu daripada kejadian yang berikut:

  1. Membunuh diri; atau
  2. Meninggal dunia akibat Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV), Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau lain-lain penyakit kelamin; atau
  3. Di bawah pengaruh alkohol atau dadah selain dari yang mengikut arahan seorang pengamal perubatan berdaftar
  4. Kematian disebabkan oleh peperangan, penaklukan, tindakan musuh asing, perseteruan ataupun operasi seperti peperangan (sama ada diisytihar atau tidak) atau perang saudara; atau
  5. Pemberontakan, rusuhan, pemberontakan tentera atau orang awam, insureksi, penentangan, revolusi, perintah berkurung atau darurat atau apa-apa jua peristiwa ataupun penyebab yang boleh menentukan pengisytiharan ataupun penyelenggaraan perintah berkurung ataupun darurat; atau
  6. Sebarang kegiatan keganasan. Untuk tujuan ini kegiatan keganasan bermaksud perlakuan atau perbuatan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada penggunaan sebarang kuasa atau kekerasan atau kekejaman dan/atau ancaman dari situ, oleh mana-mana orang perseorangan atau berkumpulan, sama ada bertindak secara persendirian atau bersandarkan perhubungan dengan mana-mana organisasi atau organisasi-organisasi atau kerajaan-kerajaan, melakukannya di atas sebab-sebab politik, keagamaan, ideologi atau sebarang niat mempengaruhi sebarang kerajaan atau organisasi dan / atau menyebabkan pihak awam, atau sebahagian darinya berada di dalam ketakutan; atau
  7. Orang Yang Dilindungi apabila melibatkan diri, mengendalikan atau melakukan servis, menaiki atau menuruni daripada atau dengan sebarang alat penerbangan atau kenderaan termasuk terjunan udara, payung terjun, lompatan bungee, peluncuran gantung atau belon udara kecuali apabila Pesera Takaful berada di dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh penerbangan komersial dengan jadual penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah ditetapkan; atau
  8. Sebarang ketidakpatuhan undang-undang oleh Orang Yang Dilindungi atau kesalahan yang dicetuskan olehnya; atau
  9. Terlibat dalam sebarang aktiviti dalam air yang menggunakan alat pernafasan tiruan; atau
  10. Kematian yang disebabkan oleh pembelahan nuklear, percantuman nuklear, alat senjata nuklear atau pencemaran radioaktif; atau
  11. Kematian disebabkan oleh gigitan serangga contohnya, nyamuk atau disebabkan oleh serangan/jangkitan cacing.
  12. Tuntutan dalam masa 120 hari untuk penyakit-penyakit kritikal.
  13. Tuntutan atas sebab keadaan penyakit sedia ada untuk tempoh satu tahun pertama DanaPlus dilanggan.


SOALAN LAZIM:

(AKAN DI KEMAS KINI)