DAFTAR KES UNTUK KHIDMAT RUNDING URUS PUSAKA

Penangguhan urusan Pusaka akan menyebabkan ia akan jadi lebih rumit dan kos bertambah tinggi.
Penangguhan urusan Pusaka akan menyebabkan
- Risiko waris asal meninggal dunia dan bertambah bilangan waris berlapis yang akan menambah kerumitan urusan akan datang
- Risiko waris berdosa termakan hak waris lain dari pusaka yang belum selesai
- Risiko harta terbeku dan tidak dapat dimanfaatkan secara maksima
- Risiko waris berbalah dan meretakkan hubungan silatulrahim antara waris
MyPusaka mempermudahlan urusan pusaka. Telah banyak kes pusaka, lama dan baru, nilai kecil dan nilai besar, waris mudah dan waris rumit, telah MyPusaka selesaikan.
Kami juga beri khidmat runding tambahan SECARA PERCUMA untuk:
1. Memelihara harta pusaka
2. Mengembangkan harta pusaka
3. Memanjangkan manfaat kepada waris
4. Wujudkan saham akhirat untuk arwah
Termasuk menyediakan family trust Dan charity trust.
MULAKAN LANGKAH HARI INI JUGA
KHIDMAT RUNDING DAN BUKA FAIL RM 300 + SST = RM318
- Untuk mendapat analisa Faraid arwah
- Untuk mendapat cadangan cara urusan pusaka yang betul
- Kami hanya perlu sedikit maklumat tentang arwah, warisnya, hartanya, hutangnya dan hasratnya.
- Setelah daftar, pegawai kami akan hubungi anda untuk perbincangan lanjut.
- Untuk membenarkan kami menerima makluman dan dokumen berkaitan pusaka Arwah untuk di analisa. Tanpa buka fail, sukar untuk kami untuk mula membantu.
- Dari makluman yang diberi kami akan tentukan sama ada perlu buat
- Sesi penerangan dan muafakat waris
- atau
- Kajian Kes ( jika maklumat asas tidak lengkap atau tidak di ketahui)
- Setelah daftar dan bayar, pegawai kami akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat berkaitan.
- Kami perlukan minima salinan dokumen harta utama dan senarai waris ( nama, pertalian, no telefon) untuk mula gerak kerja
LANGKAH SELANJUTNYA
SESI PENERANGAN DAN MUAFAKAT WARIS melalui perjumpaan dalam talian RM 300 + SST = RM 318
- Jika anda perlu pihak kami memberi penerangan asas kepada waris-waris lain
- Kaedah ini ternyata sangat berkesan untuk memulakan urusan Pusaka sehingga selesai dengan baik.
- Setelah daftar dan bayar, pegawai kami akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat berkaitan dan untuk menetapkan masa untuk sesi betkenaan
- Kami perlukan salinan dokumen harta utama dan senarai waris ( nama, pertalian, no Telefon) untuk mula gerak Kerja
- Jika perlu kaedah lain seperti pertemuan fizikal di pejabat kami atau di lokasi waris, atau keperluan untuk lebih dari satu sesi, akan ada pertambahan kos. Kami akan maklumkan penambahan kos setelah mendapat maklumat mencukupi. Anda boleh mula dengan membayar kos ini dahulu
AMBIL TINDAKAN HARI INI JUGA
Demi kesejahteraan Arwah
Demi kemakmuran waris
SILA TONTON VIDEO BERKENAAN ISU PUSAKA
SILA TONTON VIDEO PENGENALAN MYPUSAKA