Penerangan tentang Khidmat Bantuan Pakar Urus Pusaka

Penerangan tentang Khidmat Bantuan Pakar Urus Pusaka

RAMAI WARIS PERLU BERTINDAK UNTUK MEMULAKAN PROSES URUS PUSAKA AHLI KELUARGA MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


TAHUKAH ANDA?

Selepas kematian, harta-harta milik simati akan terbeku

  • Geran tanah/geran rumah kekal atas nama simati sehinggalah ada surat perintah pembahagian untuk turun milik ke pemilik baru yang masih hidup
  • Akaun bank, akaun pelaburan,  saham dan kenderaan  tidak boleh dicairkan atau dipindah milik sehinggalah ada surat kuasa mentadbir
  • Untuk mendapatkan Surat Perintah Pembahagian dan Surat Kuasa Mentadbir, memerlukan  seorang waris membuat permohonan urus pusaka dan dipersetujui oleh waris-waris lain ( yang mempunyai hak mengikut hukum faraid)
  • Namun banyak kes pusaka tidak selesai, dan dianggarkan ada lebih RM 80 billion harta simati masih terbeku.  antara sebabnya adalah:
    • Waris tidak buat dengan cara yang betul
    • Permohonan pusaka lambat dimulakan menyebabkan bilangan waris bertambah akibat kematian waris asal dan isu pusaka menjadi lebih rumit
    • Tiada pemufakatan pembahagian antara waris-waris
    • Waris tiada kemampuan kewangan, masa dan ilmu untuk buat permohonan urus pusaka
    • Waris cuba untuk urus sendiri dan tidak menggunakan khidmat pakar dalam proses urus pusaka


MULAKAN DENGAN SEGERA SALAH SATU DARI 3 LANGKAH BERIKUT


LANGKAH PERTAMA:  KHIDMAT RUNDING DALAM TALIAN DAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA TERPERINCI  PERCUMA

SEKIRANYA KES ANDA RUMIT DAN PERLUKAN BANTUAN PAKAR UNTUK KENAL PASTI SKOP KERJA DAN KOS YANG TERLIBAT

  1. Daftar menjadi ahli Masjid Network untuk memudahkan anda menyenaraikan maklumat simati:  Waris, Harta, Hutang dan Hasrat
  2. Keahlian komuniti digital  masjidnetwork.my adalah PERCUMA


LANGKAH KEDUA:  PAKEJ PERMOHONAN URUS PUSAKA  RM 500

  1.  MyPusaka bantu menyediakan permohonan pusaka menggunakan  modul permohonan urus pusaka yang mengandungi:
    • Kalkulator pengiraan faraid simati
    • Daftar senarai waris
    • Daftar senarai harta
    • Daftar senarai hutang
  2. Menyediakan khidmat mendaftar pemohonan pusaka ke pejabat pusaka kecil (JKKPTG)
  3. Mencetak dokumen:
    • Rujukan permohonan pusaka
    • Borang A
    • Panduan penghantaran permohonan pusaka dan senarai semak dokumen

    PROSES SELANJUTNYA BOLEH DILAKUKAN OLEH PEMOHON SENDIRI

    JIKA PERLUKAN KHIDMAT PAKAR,  MYPUSAKA BOLEH SEDIAKAN DENGAN BAYARAN TAMBAHAN  MENGIKUT SKOP KERJA



    LANGKAH KETIGA:  PAKEJ BANTUAN PAKAR PERMOHONAN URUS PUSAKA. BAYARAN PERMULAAN  RM 2,500

    IA MERANGKUMI SKOP KERJA BERIKUT

    • SATU GERAN TANAH
    • 2 HARTA ALIH
    • MAKSIMA 6 ORANG WARIS
    • TIDAK ADA ISU BESAR UNTUK CAPAI MUAFAKAT


    SEBUTHARGA TAMBAHAN AKAN DI KELUARKAN JIKA

    • ADA GERAN  TANAH TAMBAHAN
    • ADA HARTA ALIH TAMBAHAN
    • BILANGAN WARIS LEBIH DARI 6 ORANG
    • ADA ISU YANG MENYUKARKAN MUAFAKAT
    • SESI PENERANGAN KEPADA WARIS DI LOKASI
    • KAJIAN KES UNTUK MAKLUMAT YANG TIDAK DIKETAHU OLEH WARIS
    • JIKA KES INI PERLU DI BAWA KE AMANAH RAYA  SEBAB TIDAK ADA HARTA TIDAK ALIH
    • JIKA KES INI PERLU DIBAWA KE MAHKAMAH TINGGI KERANA NILAI PUSAKA MELEBIHI RM 2 JUTA




    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    BUTIRAN PEMBELIAN

    Produk Kuantiti Harga (RM)
    Khidmat Nasihat Pewarisan Percuma + Sebut Harga Terperinci
    Modul Permohonan Urus Pusaka RM 500
    Khidmat bantuan pakar urus pusaka. Bayaran permulaan RM 2000
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PELANGGAN

    BUTIRAN PEMBAYARAN