Penerangan tentang Pakej Pewarisan MyPusaka Online
RAMAI YANG BERHASRAT UNTUK MEMBUAT PERANCANGAN PEWARISAN, TETAPI
TIDAK TAHU CARA atau
TIDAK RASA PERLU atau
TIDAK RASA MAMPU
TAHUKAH ANDA?
Selepas kematian, harta-harta milik simati akan terbeku
- Geran tanah/geran rumah kekal atas nama simati sehinggalah ada surat perintah pembahagian untuk turun milik ke pemilik baru yang masih hidup
- Akaun bank, akaun pelaburan, saham dan kenderaan tidak boleh dicairkan atau dipindah milik sehinggalah ada surat kuasa mentadbir
- Untuk mendapatkan Surat Perintah Pembahagian dan Surat Kuasa Mentadbir, memerlukan seorang waris membuat permohonan urus pusaka dan dipersetujui oleh waris-waris lain ( yang mempunyai hak mengikut hukum faraid)
- Namun banyak kes pusaka tidak selesai, dan dianggarkan ada lebih RM 80 billion harta simati masih terbeku. antara sebabnya adalah:
- Waris tidak buat dengan cara yang betul
- Permohonan pusaka lambat dimulakan menyebabkan bilangan waris bertambah akibat kematian waris asal dan isu pusaka menjadi lebih rumit
- Tiada pemufakatan pembahagian antara waris-waris
- Waris tiada kemampuan kewangan, masa dan ilmu untuk buat permohonan urus pusaka
- Waris cuba untuk urus sendiri dan tidak menggunakan khidmat pakar dalam proses urus pusaka
Untuk mengelakkan masalah kepada harta anda, waris anda dan roh anda, perancangan yang kami sarankan anda lakukan adalah:
- Lantik wasi (yang akan ditugaskan memulakan proses urus pusaka)
- Lantik pentadbir harta untuk anak bawah umur atau OKU akal (jika perlu)
- Pengisytiharan harta sepencarian (jika ada)
- Wasiat kepada bukan waris (jika ada)
- Wasiat untuk tujuan sedekah atau waqaf (jika ada)
- Pesanan pembahagian harta kepada waris
APA YANG MYPUSAKA SEDIAKAN?
- Modul online untuk ahli komuniti digital MyPusaka online menyenaraikan Waris, Harta, Hutang dan Hasrat
- Keahlian komuniti digital mypusaka.online adalah PERCUMA
- Menyediakan DOKUMEN PEWARISAN LENGKAP yang mengandungi:
- Perlantikan Wasi
- Perlantikan Pentadbir
- Hasrat Wasiat kepada bukan waris
- Hasrat Wasiat untuk sedekah
- Hasrat pembahagian harta kepada waris
- Menyediakan DOKUMEN PENGISYTIHARAN HARTA SEPENCARIAN
- Menyediakan NOTA PESANAN KEPADA WARIS
PENCETAKAN DOKUMEN DAN URUSAN TANDATANGAN PERLU DI URUSKAN OLEH PELANGGAN SENDIRI
LANGKAH PENYEDIAAN DOKUMEN:
- DAFTAR SEBAGAI AHLI (PERCUMA)
- BERI MAKLUMAT TENTANG WARIS, HARTA, HUTANG DAN HASRAT MELALUI MODUL PEWARISAN DI MYPUSAKA ONLINE (PERCUMA)
- PIHAK AHLI SENDIRI SEDIAKAN DERAF DENGAN BANTUAN MODUL PEWARISAN YANG SANGAT MUDAH UNTUK DIGUNAKAN
- BUAT BAYARAN RM 330 UNTUK MENCETAK DAN SEMAK DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISEDIAKAN
- SETELAH AHLI BERPUAS HATI DENGAN HASIL DOKUMEN, CETAK DAN TANDATANGAN DOKUMEN BERIKUT
- DOKUMEN PEWARISAN LENGKAP
- DOKUMEN PENGISYTIHARAN HARTA SEPENCARIAN (JIKA ADA)
- NOTA PESANAN KEPADA WARIS
KEMASKINI MAKLUMAT BOLEH DIBUAT BERTERUSAN MELALUI MODUL PEWARISAN DI MYPUSAKA ONLINE
ULANG CETAK DAN TANDATANGAN SEMULA BOLEH DIBUAT DI MASA AKAN DATANG TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN
SEKIRANYA AHLI MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK MENYEDIAKAN DOKUMEN DI ATAS, ATAU MEMERLUKAN SOLUSI LANJUTAN SEPERTI DOKUMEN HIBAH, DOKUMEN SURAT IKATAN AMANAH, PERLANTIKAN SYARIKAT TRUSTEE, BOLEH HUBUNGI MYPUSAKA UNTUK PERBINCANGAN LANJUT.
ANDA RASAKAN MAKLUMAT DAN PERKHIDMATAN YANG DIBERI INI BERMANFAAT?
KEMASKINI LAMAN WEB PERIBADI ANDA DAN BANTU KAMI SEBARKAN KEFAHAMAN INI KEPADA MASYARAKAT
YAKINKAN MASYARAKAT UNTUK MEMULAKAN PERANCANG PEWARISAN UNTUK DIRI MEREKA DAN KELUARGA
MYPUSAKA MEMUDAHKAN USAHA ANDA DAN PROSES PERANCANGAN PELANGGAN ANDA
UNTUK TUTORIAL SELANJUTNYA