
Kod Tatalaku Perunding Legasi MyPusaka
Syarikat
Pusaka Kuds Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengurusan pusaka dan perancangan legasi.
Tanggungjawab Dan Peranan : Proses Jualan
Ringkasan Tajuk
Setiap Perunding Legasi hendaklah bertanggungjawab dalam transaksi perniagaan, operasi
dan aktiviti, dan mengikut Akta Risiko Jualan Langsung dan Anti-Piramid 1993, Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mematuhi undang-undang Malaysia yang
berkaitan dengan jenis perniagaan ini
1. Peranan dan Tanggungjawab Perunding Legasi - Proses Jualan
Perunding Legasi MESTI:
Memperkenalkan diri sebagai Perunding Legasi MYPUSAKA dan menunjukkan kad Perunding
Legasi digital di laman web peribadi perunding.
Mempertimbangkan bahawa semua maklumat yang diberikan oleh prospek kepada Pusaka Kuds Sdn Bhd dan Perunding
Legasi adalah rahsia.
Perunding Legasi adalah dilarang daripada mendedahkan kepada mana-mana pihak maklumat peribadi, status kewangan atau maklumat akaun perniagaan / syarikat prospek / pelanggan, dan maklumat korespondensi dengan prospek / pelanggan.
Menyediakan maklumat dan penjelasan yang komprehensif kepada prospek.
Berkomunikasi dengan prospek / pelanggan dengan adil dan jujur.
Pastikan sebarang iklan atau pengumumam awam adalah jelas dan tidak
mengelirukan prospek / pelanggan.
Tiada transaksi tunai untuk semua proses permohonan.
Membantu dan membimbing prospek / pelanggan untuk mengisytiharkan maklumat berkaitan
dan fakta kes yang tepat dan terkini dalam Borang Pendaftaran di Platfom
Digital MyPusaka (PDM)
Mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi semua maklumat peribadi yang
disediakan oleh Pusaka Kuds Sdn Bhd, pelanggan yang sedia ada dan prospek
bersesuaian dengan Undang-Undang di Malaysia untuk perlindungan data peribadi.
Mana-mana pelanggaran berkaitan dengan sebarang data peribadi akan ditangani
mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Sepenuhnya mematuhi kempen promosi dan jualan dari Pusaka Kuds Sdn Bhd. Memberi
diskaun peribadi adalah tidak dibenarkan.
2. Perunding Legasi DILARANG SAMA SEKALI daripada:
Membuat, mengeluarkan atau bersubahat dalam membuat apa-apa perbuatan atau
pengumuman, janji atau anggaran yang diketahui bahawa perkara itu sama sekali
mengelirukan atau tidak benar.
Membuat apa-apa iklan Perunding Legasi sendiri atau agensinya melalui mana-mana
cetakan atau media elektronik seperti akhbar , internet atau yang lain tanpa
kebenaran bertulis Pusaka Kuds Sdn Bhd.
Menggunakan jawatan selain daripada apa yang dibenarkan oleh Pusaka Kuds Sdn
Bhd.
Memperdaya orang ramai dengan menyebabkan mereka percaya dengan Perunding
Legasi adalah Pengendali Solusi atau Penyedia Solusi
Mengenakan caj tambahan ke atas prospek di atas yuran yang ditetapkan.
Secara aktif dikaitkan dengan mana-mana syarikat perancangan pewarisan selain Pusaka
Kuds Sdn Bhd setelah mencapai status Perunding Legasi Bertauliah Penuh (atau
setaraf dengannya) kerana ini boleh meyebabkan konflik secara langsung atau
tidak langsung.
3. Penjelasan Kontrak Ke Pelangganan dan Kontrak Dasar
Perunding Legasi MESTI:
Jelaskan semua peruntukan yang terkandung dalam terma kontrak solusi yang dicadangkan untuk memastikan
prospek memahami sepenuhnya terma dan manfaatnya
Jelaskan solusi yang tertakluk kepada cukai dan yang dikecualikan dari cukai
cukai.
Tidak meminda mana-mana ilustrasi yg disediakan oleh Pusaka Kuds Sdn Bhd.
Tidak menambah atau menonjolkan aspek-aspek tertenu yang menguntungkan sahaja.
Memberi maklumat yang tepat dan tanpa niat penipuan atau apa-apa yang
berkaitan.
4. Pendedahan Maklumat Prospek/Pelanggan
Apabila menerima borang yang lengkap atau apa-apa bahan lain, Perunding Legasi MESTI:
Elakkan dari mempengaruhi prospek / pelanggan dan hendaklah menjelaskan kepada
beliau bahwa semua jawapan atau kenyataan adalah tanggungjawab prospek / pelanggan.
Memberi penjelasan kepada prospek / pelanggan akan akibat daripada memberi
kenyataan yang salah atau tidak benar akan berhadapan dengan risiko borang
permohonan ditolak atau dikenakan cas tambahan.
Proses Perkhidmatan - Semasa Jualan Dan Selepas Jualan
Semasa Jualan - Perunding Legasi MESTI:
Mengambil langkah susulan untuk prospek menyerahkan dokumen-dokumen
Menghantar Dokumen Sokongan dalam tempoh masa yang diberikan.
·
Selepas Jualan - Perunding Legasi MESTI:
Menyediakan perkhidmatan yang meluas (selepas perkhidmatan jualan) kepada pelanggan yang termasuk:
Memastikan sama ada dokumen solusi telah dihantar dan diterima oleh Pelanggan.
Menerangkan kepada pelanggan tentang prosedur penyediaan dokumen.
Membuat susulan bagi mengelakkan pembayaran tambahan oleh pelanggan atau
pembatalan solusi.
Peranan & Tanggungjawab: Proses Perekrutan
Proses Perekrutan:
Perunding Legasi dikehendaki memastikan bahawa akaunnya mestilah aktif untuk
mengambil bahagian dalam mana-mana Program Insentif MyPusaka.
Perunding Legasi adalah dilarang untuk membuat Pelan Pampasan Perunding sendiri.
Perunding Legasi digalakkan menghadiri mana-mana program latihan yang
dianjurkan oleh Pusaka Kuds Sdn Bhd untuk memastikan bahawa mereka sentiasa
mengikuti maklumat terkini.
Menggunakan nama mana-mana proksi termasuk mana-mana saudara-mara atau
menubuhkan sebuah syarikat melalu SSM dengan niat untuk melakukan apa-apa
transaksi bagi pihak Pusaka Kuds Sdn Bhd adalah dilarang sama sekali .
Setiap Perunding Legasi hanya dibenarkan memohon satu (1) akaun .
Penukaran "Introducer" adalah dilarang.
Prosedur Tatatertib
Jika terdapat perlanggaran Kod Etika oleh mana-mana Perunding Legasi, Pusaka
Kuds Sdn Bhd boleh mengenakan apa-apa tindakan seperti:
Amaran bertulis kepada Perunding Legasi.
Penggantungan akaun Perunding Legasi.
Penamatan akaun Perunding Legasi.
Apa-apa tindakan yang dianggap sesuai dengan keseriusan keadaan.
Perunding Legasi akan bertanggungjawab terhadap mana-mana tindakannya untuk
sebarang kesalahan atau salah laku terhadapnya pada bila-bila masa semasa atau
selepas kursus dilantik sebagai Perunding Legasi. Pusaka Kuds Sdn Bhd akan
melepaskan tanggungjawab mereka dari sebarang pekara yang timbul dari yang
disebutkan di atas
Penamatan
Perunding Legasi boleh membuat permohonan kepada syarikat untuk menamatkan
akaunnya.
Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terma dan syarat, Pusaka Kuds Sdn Bhd dan
/ atau program atau Kod Etika Perunding Legasi, Akaun Perunding Legasi boleh
ditamatkan dengan segera tanpa apa-apa pampasan dan Perunding Legasi akan
bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau
dialami oleh Pusaka Kuds Sdn Bhd akibat perlanggaran tersebut.
Sekiranya berlaku penamatan sebagai Perunding Legasi, apa-apa maklumat yang
diterima semasa menjalankan kerja mengenai pelanggan, agensi , syarikat , dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak. Maklumat sedemikian mesti
juga dipadamkan dengan segera dari semua alat peranti peribadi.
Apabila penamatan berkuatkuasa, semua komisyen di bawah rangkaian akan
dipindahkan kepada Perunding Legasi yang aktif di bawah hierarki yang sama .
Tiada pengaktifan semula dibenarkan untuk kes penamatan atau akaun sendiri
luput tetapi Perunding Legasi sentiasa dialu-alukan untuk menyertai semula Pusaka
Kuds Sdn Bhd di bawah akaun baru selepas 180 hari.